Sunday, August 22, 2010

Bebas Palestin

*┌─┐ 

 │▒│
 │▒│
 │▒ --┬---
 │▒│▒|▒│▒│
...┌┴─┴─┐-┘─┘
│▒┌──┘▒▒▒│
└┐▒▒▒▒▒▒┌┘
 └┐▒▒▒▒┌┘

اشهد ان لا اله الا الله واشهد ان محمدا رسول الله

Demi



Peace,

Huhh..i see sawang2 berterabur atas blog ni...bape bulan da x update...x abes2 dengan 'P' kat bwh ni...duhh ~

Tetibe hari ni (di kala sebenarnya tgh busy), nak post...

Masa cuti sem ari tu, eh jap...cuti ke?..LI la..tambahan pengetahuan, k0o LI kat Lembaga Getah Malaysia..Setiap hari selama 2 bulan 2 minggu duk menghadap tanah kat lab and komputer yang x abes2 update data buat statistic analisis..Di kala sibuk2an itu, terasa diri kurang qarib kepadaNya..masa tu jugak, para-para sang penghibur duniawi mencucuk2 hati yang mase tu kusam2 dari Iman...(sdeyh btul)..Ni baru LI, belum kerja betul2 lagi...Ya Allah, kuatkan k0o yang lembik ni...

Mase tu lah dok cari2 usrah..."Ummi, nak join usrah sape ni? Dah tandus ni..." Pastu ummi pun cari2 (tenkiu ummi). "Haa..Makcik Uji suruh kamu join usrah kakak. Dengan Makcik Jer"...Awat join usrah kakak?..Dah la lain modul...Daku kechik lagi T.T...Em, xpe la...Pergila daku membawa muka xmalu join usrah orang2 senior dengan Ummi Jer. Jadi maknae (orang paling muda) kat situ. Seronok je dengar hikmah2 dari Ummi Jer...mase tu rase mcm "Iman, kau datang...Rindu nyerr" (err..bukan Iman Abdul Jalil yer)...Tapi sempat join 2 kali je. Pastu transfer ke usrah Kak Sila. Usrah untuk kami2 geng2 cuti2 Malaysia sementara tunggu bukak sem.. Tapi dengan Kak Sila sempat sekali jer.

Ni citer yang memang dah lame kot..baru je nak citer kat sini...saje nak relate dgn topik "Demi" ni...Jom bukak Surat Cinta Dari Langit, x kisah la mane2 surah pun, yang banyak berkata "Demi langit..." "Demi fajar..." "Demi malam..." "Demi siang..."

Dalam peringatan Allah untuk hamba-hambaNya, banyak Dia bersumpah dengan kejadian2 alam. Why? Because He wants us to be near to Him. Iaitu dengan memerhati benda2 yang paling dekat dengan kita. Manusia ni kan pelupa (seperti kisah k0o di atas). Manusia ni lebih percaya dengan benda yang dia nampak. Maha Bijaksana Allah, Dia nak kita memerhati dan meneliti alam untuk kukuhkan keImanan kita bahawa Allah itu wujud. Secara xlangsung mendekatkan diri kita kepada Allah.

How kita boleh teringat kat Allah dengan memerhati alam?...Manusia cipta rumah, tapi rumah tu akan roboh kalau xbuat tiang. Allah ciptakan langit and alam semesta, tapi xde satu pun yang lari dari paksi, xde pulak planet2 ni berlanggar dengan matahari, xde pulak langit tu jatuh ke bumi. And there is no tiang kat langit tu!!. Manusia boleh ke buat camtu? Patung Buddha boleh ke buat camtu? Lembu bole ke wat camtu? Hebatnya Allah !

Dengan mengingati Allah, kita akan sentiasa bersyukur. Kenapa kita kena bersyukur? Sebab Allah bagi macam2 benda free kat kita. Oxygen yg kite hirup 24jam sehari tu free je..kalau Allah charge sejam RM1, 24 jam same dengan RM24, 20 tahun hidup duk hirup oxygen, haruuu kot nak bayar...tak bina keluarga lagi dah bankrupt sebab kena bayar oxygen tiap2 hari. Ade lagi, sendi2 yang kita pakai untuk gerakkan badan kita untuk buat kerja. Kalau Allah charge sejam Rm1 jugak, mampu ke kite nak bayar? Ade lagi, Allah kasi siang dan malam untuk kita buat kerja and tido kumpul tenaga, siang lebih kurang 12 jam, malam pun lebih kurang 12 jam. Kalau 1jam Allah charge Rm1 jugak, banyaknyeeeeee nak kena bayar...Banyak lagi benda2 yang kita pakai kat bumi ni...TAPI, Maha Penyayang nya Allah, Dia bagi kita free jer....Dah la hidupkan kita kat bumi ni xde siapa yang charge kat Dia. Dah banyak kali Allah tegaskan kat Surat Cinta Nya, "kenapa kamu tidak bersyukur"..So, jom kita amalkan hikmah Luqman Al-Hakim kepada anaknya,

"Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji." (31:12)

Tak perlu lah kita beriya2 nak tunggu pokok bersilang2 membentuk kalimah La Ilaha Illa Llah atau tunggu kucing punye corak kat badan ade kalimah Allah atau nak tunggu lampu mentol menyala sendiri dengan harapan untuk meyakinkan kita Allah itu Ada dan Hebat. Sedangkan banyak yang teramat kejadian depan mata kita yang tiap2 hari kita tengok dan rase tu Allah dah tunjuk terang tang tang bahwa "Aku Memang Ada, dan tiada siapa mampu menyaingiKu". Islam itu bukanlah agama magic, tapi logic (KONSIS Zon Selatan, 2010). Kenali Allah bukan hanya dengan mendengar, tapi dengan mata hati, which means dengan meneliti, berfikir, dan mengkaji. Yup, Islam menggalakkan kita berfikir supaya nikmat akal itu tidak disia2kan.

Sungguh, hati ni sentiasa berbolak-balik (seperti kisah k0o diatas T.T). Even kita ni lahir sebagai Islam, tapi mati kita?? We know nothing 'bout our own future. Kita masih perlukan hidayah Allah tu. Islam kat nama tak bermakna amal kita Islam, selagi kita tak rujuk dan tak amalkan Kitab miracle Allah, dengan hikmah2 sunnah RasuluLlah. So, pentinglah doa itu untuk kekalkan kita dengan amal Islam..."Thabit Qulubana 'ala Deenika, Ya Allah".

Kata orang, kalau nak buat bibliografi tentang seseorang yang hebat, biarlah lepas orang tu meninggal. Supaya kita tahu kehebatan dia itu adakah dibawa sehingga mati, maka baru boleh dijadikan contoh. That's why pentingnya doa kita untuk mati dalam keadaan beriman...

Di Bulan Mr. 'R' ni, of coarse memperingati Allah itu perlulah sentiasa berganda2...Macam hari tu Makcik Anisah cakap, bulan Ramadhan, banyakkan menyebut La ilaha illa Llah, AstaghfiruLlah, As alukalJannah, wa Na'udzubikaNnar. Supaya Ramadhan kita diberkati, dan redha Allah itu kita kecapi...

ermm..dah macam ala2 teaser tajuk erti syukur la pulak...hoho0..dah buat preparation tanpa disedari..teng teng teng ~

* Seronok dah start usrah kat sini, punye la lame menunggu siapa naqibah kami yang baru.. Tak sangke rupa2nya Makcik Non ex-usrahmate ummi mase zaman 80-an..keh3..rantai tarbiyah itu sungguh indah...lalala~