Sunday, February 7, 2010

Best Love


"Sampaikan Kepadanya, Allah juga Mencintainya"

Ade satu citer dari Aisyah ra, riwayat Imam Al-Bukhari...Rasulullah saw dulu2 pernah memerintahkan seorang sahabat untuk memimpin satu pasukan untuk ke sebuah daerah jauh dari Madinah.

Pada waktu solat Subuh, sahabat ni jadi imam kepada sahabat2 lain yang ikut bersamanya. Tapi dalam solat ni, tak macam lazimnya solat berjemaah. Lepas Al-Fatihah, sahabat ni baca surah Al-Ikhlas untuk kedua-dua rakaat berturut-turut.

Sahabat lain yang jadi makmum masa tu rasa pelik dengan kejadian tu. Bila balik ke Mekah, diorang pun tanya Rasulullah saw. Diorang mintak Rasulullah saw tanyakan sahabat tadi kenape dia buat cenggitu. Then, sahabat ni pun beritahu kat sahabat2 lain tadi,

"Aku mengulangi surah Al-Ikhlas dalam setiap rakaat sebab aku sungguh mencintainya, surah Al-Ikhlas menyebutkan sifat-sifat Allah Yang Maha Rahman,"

Lepas je dengar kata-kata sahabat tu, Rasulullah saw mengatakan,
"Sampaikan kepada si dia, disebabkan dia mencintai surah itu, maka Allah pun mencintainya."

Suka citer ni sebab masih fresh bace "Engkau Lebih Indah Dari Bulan Purnama" by Muhammad Yasir. Buku yang mengumpulkan kisah-kisah cinta yang tak pernah kita dengar sebelum ni. Ada jugak terselit mini kisah mujahid kita Syed Qutb. Di mana dulu2 jiwanya pernah terusik dengan seorang gadis desa. Tapi tidak sampai ke jinjang pelamin, mereka berdua sahaja yang memahaminya. Dua2 menderita, sehingga syahid menemui mujahid kita ini kerana lebih mencintai jalan dakwah yang dipegang.

Ada jugak terselit kisah-kisah romantis Amirul Mukminin...tapi bukan itu yang mahu diceritakan...Amati kisah di atas dulu...hermm..Ade lagi x fenomena kisah camni?
Meh kita tengok fenomena kisah chintun sekarang..confirm yang paling jelas kita tengok (dalam kes couple before married) manusia n manusia yang tengah hangit berchenta kat tepi jalan. Sambil2 tu dok angau2 "Akan ku petik bintang" (padahal tak sampai pun), "Biar bulan menjadi saksi ketulusan chenta kita ni" (padahal bulan nak muntah2 tengok depa berpeluk2)...tapi ini untuk kes orang yang terlalu layan jiwang berkarat-karat ikut zaman retro dulu2.

Kes yang "normal" sekarang ni selalu natijahnya dapat dilihat di paper terutama metro yg suker jaja tajuk besar pasal kes liwat lah, gugur anak lah, rape lah, ini lah itu lah..Pastu tertubuh la pusat2 pemulihan akhlak cam PEWAJA, RS, dll...Kalau zaman retro ade kes2 cenggini, di panggil abnormal dong.., yang selalu keluar bunyi musik nye teng teng teng tu ha...

Pokoknya, manusia makhluk lemah (I am called manusia too..), yang lebih mempercayai situasi depan mata, mudah cair melembik dengan tipuan dunia (insaf lah wahai diri ini juga...haishh). Mereka tak nampak ada satu kuasa yang Agung yang Maha Mengasihi dan Maha Penyayang. Yang bila mencapai CINTANYA, adalah satu kebahagiaan yang TERINDAH. Mereka yang nampak adalah mereka yang betul-betul melihat, mendengar, memahami, yang bila kita mencintaiNya sungguh-sungguh, kita akan angau untuk sentiasa bersamaNya...Angau yang tak sia-sia.

Angau yang tak sia-sia?...huhu...ye aa...kalau chintun manusia, orang selalu cakap...Mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang....Tapi, bila kita angau dengan BEST LOVE ni, kita selalu cari makanan yang TERBAIK, terutama untuk roh kita...paling best jumpa bila tengah2 malam bersujud, berbait luahan CINTA kepadaNya....Bila makan, berhenti sebelum kenyang...ikut sunnah our beloved RasuluLlah SAW...Dengan itu, kita tak kisah masih lapar ke tak...yang penting kita dah tunaikan hak perut dan rohani....So, mindset pun fikir 'Aku da kenyang'. Pastu tidur orang yang angau BEST LOVE ni 'sentiasa lena'...walau pun sekejap, tapi ia memadai untuk menghilangkan lelah, mengumpul tenaga semula untuk meneruskan aktiviti sebagai agent Nya.. Mandi pula semestinya la kena basah, kalau tak, hygiene tak sempurna. That's what beloved SAW tuntut kita jaga kebersihan which sebahagian dari IMAN. IMAN yang menjadi pokok yang menumbuhkan bunga-bunga CINTA kepadaNya. Bila kita CINTA Dia, mestilah kita menghargai apa yang dikurniakan... Nikmat sihat tubuh badan tu hadiah Si Dia, kena lah simpan dan jaga baik-baik. (kalau manusia kasi teddy bear, si penerima teddy bear mesti nak jaga elok-elok teddy bear tu..)

Tu ler beza chintun manusia dengan CINTA Dia. Lord, how I'm so wish to experience this Angau Best Love..Give me strength, so I won't be cheated by this world that full with cheaters.

~ Apesal ayat cam berterabur?...adess...da lama tak menge'pos...tiba-tiba panjang la pulak...kali ni dengar lagu kat tv...music bank korea...abende nta 'oh iyo iyo, oh iya iya'...arghh..meghaban...adeyh...haihh, hati yang masih berkarat~